Friday, March 16, 2012

Indahnya Jumaat Ini

Assalamu'alaikum

indahnya Jumaat ini.
syukur pada Yang Esa masih diberi kesempatan memperbaiki diri ini.
syukur masih dikurniakan kesempurnaan dalam meniti hidup hari ini.
Alhamdulillah =)

seronoknya tengok cuaca hari ni.
kebetulan, hari ni operasi membasuh stok baju selama satu minggu.
harapannya panas hingga ke petang la. 
biar baju-baju itu dapat bergembira di bawah sinaran mentari yang terik =)

semalam, tukar sana sini dalam blog.
yang lama, seperti suram. yang baru, hanya kosong.
putih. itu pilihan warnaku.
mudah-mudahan bait kata di dalam ini sesuci warnanya. 
itu harapanku. insyaAllah :)

tak lupa juga, header baru!
saja cuba mencungkil bakat jari jemari menggunakan Adobe Photoshop.
hanya yang ringkas. 
ada ternampak di mana-mana pensel dan bibir itu?
usah terkejut. memang pakcik Google lah sumberku =P
sekadar dijadikan hiasan menambah tarikan.

tam.mat 
(6_6)

Monday, March 5, 2012

Nanad's Craft

Assalamu'alaikum kawan-kawan =)

lamanya tak post kat sini. apa khabar semua? 
harap semuanya berada dalam keadaan yang baik saja :)

cuma nak kongsi satu benda.
mai la ramai-ramai jenguk pages saya.
intai-intai sambil cuci mata.




terima kasih semua =)

Sunday, February 12, 2012

sharing is caring :)

Assalamu'alaikum..

panggilan untuk menambahkan saham akhirat!


bagi yang mempunyai telekung terpakai atau belum pakai yang tidak mahu digunakan, bolehlah mewakafkan kepada


untuk dijadikan telekung ganti sementara telekung wakaf dicuci.

untuk maklumat lanjut, sila ke page Telekung Project di Facebook:

Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian. InsyaAllah

Terima kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...